BACHOK: Tiga nelayan yang dilaporkan hilang semalam ditemukan selamat di Pantai Belawan dekat Tak Bai, Thailand pada pukul 2.32 petang hari ini.
Timbalan Pengarah Operasi Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) Kelantan Komander Maritim Khairun Dalilah Baharin berkata bot tersebut didapati kehabisan minyak dan rosak serta perlu ditunda oleh Polis Marin Thailand hingga ke sempadan.
"Bot tersebut ditemukan 10 kilometer dari sempadan perairan Malaysia-Thailand.
"Ketiga-tiga mangsa dijangka tiba di Jeti Kuala Kemasin lewat petang ini," katanya kepada pemberita di Jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Kuala Kemasin, di sini hari ini.
Terdahulu, Bernama melaporkan tiga nelayan yang keluar memukat ikan di Kuala Kemasin di sini, dilaporkan hilang sejak 3 pagi semalam dipercayai selepas berlakunya ribut dan kabus tebal.
- Bernama
Bernama
Mon Aug 21 2023
Bot mereka didapati kehabisan minyak dan rosak serta perlu ditunda oleh Polis Marin Thailand hingga ke sempadan. - Gambar/ Sinar Harian
UTM lonjak 76 anak tangga dalam ranking universiti Asia
UTM berada pada kedudukan ke-85 tahun ini berbanding ke-161 tahun sebelumnya dalam Ranking Universiti Asia Times Higher Education 2024.
Raja Salman undang 1,000 warga Palestin tunaikan haji
Raja Arab Saudi undang 1,000 jemaah daripada keluarga syahid, tahanan dan rakyat Palestin yang cedera untuk menunaikan haji tahun ini.
PM umum kerajaan teruskan baucar buku RM100, bermula esok
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan kerajaan bersetuju untuk meneruskan baucar buku berjumlah RM100 untuk tahun ini.
FAM tarik nafas lega, tingkat fokus majukan landskap bola sepak negara
FAM kini memberikan tumpuan memajukan landskap bola sepak negara selepas dua dakwaan salah guna kuasa diklasifikasikan sebagai tiada tindakan lanjut.
Seorang maut selepas terperangkap dalam enjin jet KLM di Amsterdam
Seorang individu maut selepas terperangkap di dalam enjin jet penerbangan KLM petang semalam di Lapangan Terbang Amsterdam Schiphol.
Tiga lagi kakitangan Kastam didakwa rasuah kes lori lolos pemeriksaan di KLIA
Mereka yang bertugas di JKDM KLIA, didakwa memperoleh untuk diri sendiri, suapan mengikut jumlah berkenaan, daripada seorang pemilik syarikat berusia 38 tahun.
Lelaki melecur ketika cuba selamatkan kereta Honda dalam kebakaran
Seorang lelaki melecur tahap dua semasa cuba menyelamatkan kereta jenis Honda FD miliknya yang terbakar di Kampung Wakaf Lichong di sini pada Khamis.
Angin kuat sehingga pesawat di pakir landasan bergerak
Sebuah pesawat American Airlines bergerak dari kedudukannya di pakir landasan di Lapangan Terbang Dallas Fort Worth ketika ribut membadai wilayah itu.
Kerajaan tak hapus subsidi diesel - Armizan
Armizan berkata subsidi itu masih wujud namun disasarkan semula untuk menangani isu ketirisan.
AWANI Ringkas: Bekas Presiden PPOC mengaku salah pecah amanah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua nelayan dilaporkan hilang ditemukan selamat
Mangsa memaklumkan bot mereka kehabisan minyak dan telah digantikan dengan minyak simpanan namun enjin masih gagal berfungsi.
Nelayan maut berlanggar bot pelancong
Seorang nelayan ditemui maut selepas bot pam yang dinaikinya berlanggar dengan sebuah bot pelancong dalam kejadian di perairan Labuan Haji Semporna, pada malam Ahad.
Nelayan warga emas hilang selepas ke laut seorang diri
Seorang nelayan warga emas dilaporkan hilang sejak semalam, selepas keluar menangkap ikan seorang diri pada jarak 1.5 batu nautika Timur Laut Kuala Pahang.
Tiga nelayan hilang ditemui selamat di Thailand
Tiga nelayan yang dilaporkan hilang semalam ditemukan selamat di Pantai Belawan dekat Tak Bai, Thailand pada pukul 2.32 petang hari ini.
Tiga nelayan Kuala Kemasin dikhuatiri hilang
Tiga nelayan yang keluar memukat ikan di Kuala Kemasin di Bachok, dikhuatiri hilang sejak 3 pagi semalam dipercayai selepas berlakunya ribut dan kabus tebal.
Mayat nelayan hilang ditemukan pagi ini, rakan masih hilang
Mangsa ditemukan seorang nelayan pada jarak empat batu nautika dari Jeti D Muara, Sungai Haji Dorani pada pukul 9.35 pagi.
Dua nelayan dipercayai hilang di perairan Sungai Besar
Dua sekawan nelayan termasuk seorang warga emas dipercayai hilang di perairan Sungai Besar, sejak petang tadi.
Nelayan 2 beradik dikhuatiri lemas: Mayat adik ditemui, abang masih hilang
Mayat salah seorang daripada nelayan dua beradik yang hilang ketika keluar ke laut untuk memukat udang ditemukan tersangkut di dalam lumpur paya bakau di Kuala Kangkung, di sini hari ini.
Nelayan dua beradik dikhuatiri lemas perahu dipukul ribut
Dua beradik yang juga nelayan dikhuatiri lemas selepas perahu mereka dipercayai terbalik akibat dipukul ribut di perairan Kuala Sala, di sini, hari ini.
Mayat nelayan yang hilang di perairan Sarawak ditemukan
APMM menemukan mayat seorang nelayan tempatan yang dilaporkan hilang pada Isnin lepas susulan bot dinaikinya karam di laut berdekatan Tanjung Jerijih.